RISDA Berjaya Kembangkan Penanaman Getah Di Daerah Limbang

RABU, 26 OKTOBER 2022

LIMBANG: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berjaya mengembangkan penanaman getah selain penanaman pokok kelapa sawit di kawasan ini. 

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah mengucapkan tahniah kepada RISDA di atas kejayaan ini. 

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penangguhan Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Peringkat Bahagian Limbang Bagi Tahun 2022 di sini pada Selasa.

Program anjuran RISDA ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran pekebun kecil getah dan menjana pendapatan sampingan kepada ahli keluarga mereka dengan kemahiran lain seperti menganyam manik atau menjual kuih.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Limbang turut menyeru penduduk di daerah Limbang ini untuk terus menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Ujarnya, dengan memilih parti GPS ini membolehkan penduduk menikmati pembangunan berterusan dan menjaga kesejahteraan rakyat. 

Turut hadir ialah Pegawai RISDA Bahagian Limbang Mohd Nazli Ayub, Pemanca Jun Silah, Tuai Rumah Manggi Igom dan Tuai Rumah Intai Gaming. -EDISI UKAS

add comment