GPS Terus Perjuangkan Hak Sarawak Dari Kerajaan Pusat

KHAMIS, 27 OKTOBER 2022

SARIKEI: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak dari kerajaan pusat.

Ahli Parlimen, Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab berkata adalah penting untuk rakyat terus menyokong kerajaan GPS memenangi semua kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Uumu (PRU) Ke-15 supaya suara orang ramai lebih kuat demi kepentingan dan hak rakyat negeri ini.

Beliau berkata demikian dalam Program Randau Bersama Ketua-ketua Kaum di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menggesa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) membantu menghebahkan kepada rakyat untuk mengundi dan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan proses PRU ke-15 berjalan lancar dan sistem demokrasi terus berjalan.

Sekiranya dicalonkan semula, Ir Yusuf berharap untuk mendapat sokongan serta kerjasama dari semua KMKK agar semua projek dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dalam hal ini, beliau juga menyeru kepada KMKK agar terus memberikan sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan menyalurkan maklumat dan masalah rakyat untuk tindakan diambil.

“KMKK juga merupakan jambatan yang menghubungkan kerajaan dan rakyat secara dua hala iaitu menyalurkan isu rakyat kepada kerajaan dan juga menyampaikan hala tuju dan dasar kerajaan kepada rakyat.

“Menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat tentang sebarang pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan masing-masing selain daripada segala bantuan sedia ada,” katanya.

Turut hadir Temenggong Sarikei Awangku Ibrahim Awang Hossien, Pemanca Awang Kenit, Penghulu Mostapha Hamdan serta tetamu lain.

Di sebelah petang pula, Ir Yusuf menghadiri Program Randau Bersama Komuniti bertempat di Dewan Masyarakat Penghulu Adin, Sare.

Program Randau itu bertujuan mendapatkan maklumbalas dari tuai-tuai rumah dan pemimpin komuniti di kawasan Sare tentang isu permasalahan penduduk setempat.

Dalam program itu, Ir Yusuf menyatakan walaupun calon GPS di kawasan Tanjong Manis belum diumumkan namun beliau amat berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau menjadi wakil rakyat.

Beliau juga memohon maaf kerana terdapat berberapa projek yang telah diluluskan terpaksa dihentikan kerana pembubaran parlimen pada 10 Oktober lalu.

“GPS perlu memenangi semua kerusi Parlimen agar suara Sarawak lebih kuat untuk memperjuangkan hak-hak Sarawak dari kerajaan pusat”, ujarnya lagi.

Turut hadir Penghulu Bidai Gisang serta tuai-tuai rumah di kawasan Sare.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia