Pejabat Kebajikan Bahagian Miri Hulur Bantuan Makanan Ke Kawasan Terjejas Banjir Di Tinjar Dan Bakong

KHAMIS, 27 OKTOBER 2022

BELURU: Cuaca yang tidak menentu sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan sebahagaian kawasan tanah rendah di kawasan Tinjar dan Bakong telah dinaiki air. 

Keadaan itu juga telah membuatkan air Sungai Tinjar dan Sungai Bakong telah melimpah ke daratan hingga menyebabkan banjir. 

Dalam memastikan kebajikan setiap penduduk yang terjejas banjir mendapat bantuan sewajarnya, Pejabat Kebajikan Bahagian Miri turun padang bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Tinjar dan Bakong pada Selasa dan Rabu. 

Terdahulu, pada Selasa, sebanyak empat buah penempatan di kawasan Tinjar menerima bantuan makanan antaranya Rumah Janggu, Sg Seputi, Bok sebanyak 135 pek, Rumah Sulutan, Sungai Seputi, Bok sebanyak 131 pek, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Seputi, Bok sebanyak 31 pek dan Rumah Jemat, Sungai Sebindang, Bok sebanyak 176 pek. 

Manakala, pada Rabu sebanyak empat buah lagi penempatan  di kawasan Bakong menerima bantuan makanan antaranya Rumah Adin, Sungai Kelabit sebanyak 53 pek, Rumah Gerang, Sungai Tisam sebanyak 15 pek, Rumah Keyai, Sungai Lutong sebanyak 43 pek dan SK Kuala Bok, Tinjar sebanyak 19 pek. 

Sehingga kini keadaan banjir masih terkawal dan tiada penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). -EDISI UKAS

add comment