PRU15: Rakyat Digesa Jangan Tersilap Pilih Calon

SABTU, 29 OKTOBER 2022

LAWAS: Rakyat di kawasan Lawas diingatkan agar tidak tersilap pilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Henry Sum Agong berkata, pilihan yang salah hanya akan merugikan rakyat di kawasan itu sendiri khususnya untuk menikmati pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Kalau kita hendak membuat bisnes di pasar Lawas, tujuannya untuk membuat keuntungan, bukan hendak rugi.

“Kita ada ada banyak pilihan namun yang penting kita mesti bergerak ke hadapan, bukan ke belakang,” katanya semasa berucap pada Program ‘Pemung, Peruyud dan Petuuh’ di Dewan Kampung Long Tuan, Trusan Lawas pada Sabtu.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Berucap lanjut, beliau amat berterima kasih kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kerana menganjurkan program tersebut di kawasan Trusan.

Katanya, melalui program tersebut, masyarakat di Trusan dapat didedahkan dengan pelbagai informasi berkaitan dengan inisiatif-inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Terdahulu, Pemangku Pengarah UKAS Samuel Simon dalam ucapan aluannya berkata program itu dianjurkan untuk menyantuni dan mendekati rakyat di kawasan Trusan.

Sementara itu, pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak UKAS bagi memeriahkan Program ‘Pemung, Peruyud dan Petuuh’ antaranya zumba, sukaneka dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Selain itu, UKAS turut mengadakan pameran manakala Jabatan Kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan.

Program ‘Pemung, Peruyud dan Petuuh’ yang membawa maksud ‘Berkumpul, Eratkan Kerjasama & Menjaga Satu Sama Lain’ dianjurkan menerusi kerjasama UKAS, JKKK Kampung Long Tuan dan Pusat Khidmat N82 Bukit Sari. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia