ISNIN, 31 OKTOBER 2022
TATAU: Projek meratakan tapak Gereja SDA Tatau telah berjaya dilaksanakan.
Ini merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Kakus pada 2022.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai telah menerima dokumen penyerahan tapak Gereja SDA Tatau tersebut daripada kontraktor di sini pada Ahad.
Terdahulu, beliau telah meninjau dan melihat sendiri tapak projek yang telah siap dilaksanakan kontraktor.
Hadir sama wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Ngu Tie Hua.-EDISI UKAS