LANDAS & JARESDA Muncul Juara Futsal Purnama Sports Carnival 2022

ISNIN, 31 OKTOBER 2022

LIMBANG: Jabatan Tanah dan Survey (LANDAS) dan Pejabat Residen & Daerah Limbang (JARESDA) muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita dalam Kejohanan Futsal Purnama Sports Carnival 2022 (PURSCAR) yang diadakan di Stadium Tertutup Limbang pada Ahad. 

Kejohanan tersebut telah disertai 8 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita dan diadakan selama dua hari bermula 29 hingga 30 Oktober 2022. 

Keputusan penuh, pasukan Jabatan Pertanian Limbang (SAKEJAP) naib juara dan diikuti Gabungan Purnama Hotel dan Jabatan Imigresen Limbang (PURNAMA-JIM) menduduki tempat ketiga bagi kategori lelaki. 

Manakala, bagi kategori wanita PURNAMA-JIM muncul naib juara dan tempat ketiga dimenangi LANDAS. 

Juara menerima piala pusingan, piala pejohanan dan medal, manakala naib juara dan tempat ketiga menerima hadiah piala kejohanan dan medal.

Kemenangan JARESDA dalam kategori wanita telah berjaya mengulangi pencapaian mereka dalam kejohanan futsal tersebut pada 2018 yang juga muncul juara. 

Lebih manis lagi apabila pemain JARESDA, Elvira Gladys Ibau telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Wanita Kejohanan dan Endrawati Tuah sebagai penjaring terbanyak kejohanan bagi kategori wanita.

Manakala, Eyok Yongkong dari LANDAS dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan bagi kategori lelaki dan Saufi Ahad juga dari LANDAS sebagai penjaring terbanyak. 

Antara pasukan lelaki yang mengambil bahagian ialah LANDAS, SAKEJAP, JARESDA, Gabungan Jabatan Perbendaharaan Limbang, Jabatan Pengairan dan Saliran (DIA) Limbang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS), Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah (GA6), Sokanjaya, Gabungan Majlis Sukan Negara, NREB, MYSED, Jabatan Hutan, Dewan Suarah Limbang, Hardwood & SFC (NA18), PURNAMA-JIM dan Majlis Daerah Limbang (KESUMA). 

Sementara itu, bagi kategori wanita disertai Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang, Jabatan Pertanian Limbang, LANDAS, JARESDA dan PURNAMA-JIM. 

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Pengerusi Pengelola Kejohanan yang juga Penguasa Tanah Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang Awang Nazri Saperi. 

Hadir sama Pegawai Pertanian Daerah Limbang Amirul Fikri Jamali.-EDISI UKAS

add comment