Penguatkuasaan Undang-Undang Kesalahan Syariah Usaha Capai Komuniti Sejahtera

SELASA, 1 NOVEMBER 2022

LAWAS: Penguatkuasaan undang-undang kesalahan syariah adalah salah satu usaha bagi mencapai sebuah komuniti yang baik, sejahtera dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, penguatkuasaan undang-undang ini bertujuan bagi menjaga kemaslahatan ummah daripada tersasar ke satu kehidupan yang tidak bertamadun dan kemurkaan Allah SWT. 

“Sarawak negeri yang amat menghormati kebebasan beragama dan saling menghormati antara satu sama lain serta menegakkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan masyarakat. 

“Kita juga harus melihat demi untuk mantapkan lagi undang-undang syariah kita kerana ajaran agama kita ini ialah untuk mewujudkan kebahagiaan hidup masyarakat di dunia dan di akhirat,” katanya. 

Beliau berucap dalam Majlis Penangguhan Wancana Ordinan Jenayah Syariah Peringkat Sarawak 2022M / 14144H di Hotel Seri Malaysia pada Ahad. 

Jelasnya lagi, ajaran agama Islam ialah untuk mewujudkan kebahagiaan hidup masyarakat di dunia dan di akhirat selain dapat meningkatkan hubungan dengan Allah serta hubungan sesama manusia harus dirapatkan dan diharmonikan. 

Justeru, beliau menyarankan penguatkuasaan undang-undang kesalahan jenayah syariah perlu diperhebatkan dengan strategi yang berhikmah dan berhemah bagi memastikan hak-hak umat Islam terjamin dan terbela.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Henry Sum Agong, Pengarah Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datuk Ubaidilah bin Abdul Latif dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim.-EDISI UKAS 

add comment