Tiga Bahagian Di Sarawak Terjejas Akibat Banjir

SELASA, 1 NOVEMBER 2022

KUCHING: Beberapa kawasan di tiga bahagian di Sarawak iaitu Sibu, Bintulu dan Miri kini terjejas akibat bencana banjir.

Menurut laporan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat jam 7 pagi pada Selasa, sebanyak lapan kawasan terjejas masing-masing di Sibu dan Bintulu manakala 14 kawasan termasuk dua sekolah telah terjejas di Miri.

Kawasan-kawasan yang terjejas di bahagian Sibu ialah rumah persendirian Sungai Tamin, Rumah Janting, Klinik Kesihatan Sungai Arip, Rumah Magdeline Entayang, Jalan Ensurai, Rumah Leo Lanting Nanga Tabalong, Rumah Arun Nanga Tabalong dan Rumah Lesia Nanga Alat.

Di bahagian Bintulu pula, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Kemunting, Gem Park, Kampung Asyakirin, Rumah Banyang Batu 8 Jalan Bintulu Miri, Kampung Setinggan Sungai Sibiew, Kampung Baru, Desa Damai dan Bukit Orang.

Manakala di bahagian Miri, banjir telah menjejaskan Rumah Anthony Kedit, Logan Manok, Rumah William Anak Saba, Sungai Beluru, Rumah Dasu, Sungai Tisam Bukit Nyaming , Rumah Adin, Sungai Kelabit Bakong, Rumah Gerang, Sungai Bakong, Rumah Nazareth, Sungai Lutong Bawah, Rumah Keyai, Sungai Lutong, Long Bemang, Rumah James Ansi, Kampung Sungai Buloh B, Kampung Benawa, Kampung Long Maro, Rumah Vinvent, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit dan SK Kuala Bok.

Sementara itu, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Suarah Bintulu pada 31 Oktober 2022, jam 11.54 malam dengan 25 keluarga melibatkan sejumlah 77 mangsa telah ditempatkan di PPS berkenaan.

Difahamkan, mangsa-mangsa terbabit adalah dari Kampung Kemunting, Kampung Asyakirin, Desa Damai, Kampung Baru dan juga Bukit Orang. -Edisi UKAS

add comment