RABU, 2 NOVEMBER 2022
BINTULU: Beberapa kawasan perumahan dan kampung di Bintulu antaranya Kampung Assyakirin Fasa 1, Kampung Assyakirin Fasa 2, Kampung Assyakirin Fasa 3 dan Gem Park telah dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan pada malam Isnin.
Prihatin dengan penduduk yang terlibat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming telah turun padang pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu mengedarkan makanan kepada mangsa banjir di Gem Park.
Johnny Pang berharap, penduduk sentiasa berjaga-jaga memandangkan hujan akan turun dalam beberapa hari ini.
Beliau juga berharap agar semua pihak yang berkaitan atau bertanggungjawab untuk turun meninjau dan membantu penduduk yang dilanda banjir.-EDISI UKAS