Datuk Gerawat Beri Sumbangan Kepada Penduduk Ling Sait

RABU, 2 NOVEMBER 2022

BARAM: Timbalan Menteri Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek Datuk Gerawat Gala telah menghulurkan sumbangan kepada penduduk Ling Sait di sini pada Rabu.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu telah menyumbang peralatan berupa dua set enjin pam air, empat unit pam racun rumpai dan 20 botol racun rumpai (4 liter) yang diterima sendiri Ketua Kaum John Oyou bersama wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Sait.

Ketika ditemui Ketua Kaum John Oyou menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Gerawat dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mulu kerana telah menyumbangkan peralatan ini.

Katanya, enjin pam air amat penting bagi kegunaan penduduk untuk mengepam air semasa musim kemarau dan juga digunakan untuk menjalankan aktiviti pembersihan rumah panjang.

Turut hadir, Exco PBB Cawangan DUN Mulu Balan Ngau. -EDISI UKAS

add comment