Tiga Buah Keluarga Terima Bantuan Bencana

RABU, 2 NOVEMBER 2022

MIRI: Tiga buah keluarga yang terjejas akibat tiupan angin kencang menerima bantuan bencana dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri.

Majlis ringkas serahan bantuan tersebut telah disempurnakan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Seri Lee Kim Shin kepada keluarga mangsa di Kampung Tudan Fasa 1, Miri pada petang Rabu.

Insiden angin kencang itu telah berlaku pada 14 Oktober lepas yang mengakibatkan tiga buah rumah terjejas apabila bumbung rumah mereka diterbangkanangin kencang.

Mereka yang terkesan akibat bencana menerima bantuan berjumlah keseluruhan RM8,450 berbentuk wang saku, bahan makanan, pakaian harian dan sekolah, peralatan dapur, kelengkapan tidur serta bahan binaan.

Hadir sama, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Miri Siti Afiah Samat, Ahli Majlis Bandaraya Miri Kr Jeffery Phang Siaw Foong, Kapitan Ngieng Hock Diing dan Kapitan Chong Ah Muk. – EDISI UKAS

add comment