PRU15: Dato Sri Tiong Hadapi Saingan Tiga Penjuru

AHAD, 6 NOVEMBER 2022

BINTULU: Penyandang kerusi Parlimen Bintulu Dato Sri Tiong King Sing dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) ditentang dua calon lain masing-masing dari Parti Perikatan Nasional (PN) Duke Anak Janteng dan Parti Tindakan Demokratik  (DAP) Chiew Chan Yew.

Calon PN tiba di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bintulu pada jam 8:25 pagi yang diringi Pengerusi Pimpinan BERSATU Negeri Sarawak Senator Jaziri Alkaf Dr. Abdillah Suffian pada Sabtu. 

Manakala, pada jam 8:46 pagi, calon DAP bersama dengan bapanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kidurong Chiew Shin Sing dan Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling. 

Pada jam 8:56 pagi, calon GPS Dato Sri Tiong King Sing tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi ADUN Kemena Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom dan ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming. 

Selepas tamat masa pencalonan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi P.217 Bintulu Mohammad Dino Amid mengumumkan tiga calon akan bertanding di kerusi Parlimen Bintulu menyaksikan pertandingan tiga penjuru. -EDISI UKAS

add comment