Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Rampas Semula Gelaran ‘Raja Sungai’, Raih Piala TYT

AHAD, 6 NOVEMBER 2022

KUCHING: Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Lima merampas semula gelaran ‘Raja Sungai’ daripada pasukan LANDAS dengan merangkul Piala Tuan Yang Terutama (TYT) di Regatta Sarawak 2022 bagi kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki.

Menerusi kejayaan itu, pasukan Yayasan Sarawak berkenaan berjaya membawa pulang Piala TYT serta wang tunai berjumlah RM20,000 selain piala pusingan.

Manakala tempat kedua dirangkul oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Pantai Damai GP Binladen Empat dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan piala iringan.

Pasukan UDAK pula memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM8,000 dengan piala iringan.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawal merangkap Menteri Bertanggungjawab Sarawak Regatta- Kuching Waterfront Festival 2022, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli tidak menyangkakan bahawa pasukannya akan berjaya meraih gelaran tersebut selepas kali terakhir merangkul kejuaraan tersebut pada tahun 2018.

Pengurus Pasukan Adzlie Ibrahim (Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak) ketika ditanya untuk mengekalkan kejuaraannya pada Regatta Sarawak 2023 berkata, pihaknya telah bersedia sepenuhnya termasuk dengan penyediaan bajet.

Jelasnya, beliau turut memberi kepercayaan penuh kepada para pekayuh dengan meraih kejayaan semula.

Dalam pada itu, tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati sekitar 5,000 pengunjung membanjiri Tebingan Kuching pada Ahad bagi menyaksikan pertandingan akhir Regatta Sarawak 2022. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia