ISNIN, 7 NOVEMBER 2022
MUKAH: Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan parti yang kukuh dan mempunyai matlamat yang jelas untuk masa depan Sarawak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata kemenangan besar GPS adalah satu mandat yang besar demi mempertahankan hak dan suara rakyat.
Katanya, banyak projek telah dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian termasuk projek rakyat.
Beliau berkata demikian dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Alo, Mukah pada Ahad.
Sementara itu, ADUN Tellian Royston Valentine yang turut bercakap dalam majlis itu mengajak pengundi berusia 18 tahun yang pertama kali mengundi untuk membuat pilihan bijak demi masa depan Sarawak dan Malaysia.-EDISI UKAS