ISNIN, 7 NOVEMBER 2022
BINTANGOR: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Ir Yusuf Abdul Wahab terus menekankan kestabilan politik di peringkat kerajaan pusat.
Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat Penerangan Dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata kelantangan suara wakil-wakil rakyat Sarawak sudah pasti akan mendatangkan manfaat kepada rakyat semua.
Katanya, beliau bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik selepas tidak berpeluang berbuat demikian berikutan ketidakstabilan politik, pertukaran kerajaan dan penularan wabak COVID-19.
“Kemenangan GPS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini amat penting kerana ianya akan menguatkan lagi suara Sarawak untuk menuntut hak-hak Sarawak.”
Beliau berkata demikian dalam program Jom Rindok Berambeh yang dianjurkan oleh PBB Cawangan Meradong bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Tanjung Bundong pada Isnin.
Menyentuh pembangunan di kawasannya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop mengakui masih banyak pembangunan yang diperlukan terutama di kawasan Selidap, Nanga Bangkit, Bunut dan Tanjung Bundong.
Justeru katanya, rakyat harus menterjemahkan sokongan melalui undi kepada calon GPS supaya wakil rakyat parlimen yang dipilih nanti dapat membantu menyelesaikan beberapa keperluan pembangunan melalui peruntukan dari kerajaan Pusat.
Turut hadir Ir Yusuf, Tuai-tuai Rumah, Ketua Wanita dan Pemuda PBB Meradong.-EDISI UKAS