ISNIN, 7 NOVEMBER 2022
KUCHING: SEDC Energy Sdn. Bhd anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) sekali lagi mencuri tumpuan di Pameran & Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2022.
SEDC Energy Sdn. Bhd. telah menandatangani Perjanjian Ketua (HOA) dengan PETRONAS Technology Ventures Sdn. Bhd. (PTVSB) untuk membuka kilang pemasangan untuk pengeluaran Proton Exchange Membrane (PEM) Electrolyser (“H2PEM”).
Bahagian Komunikasi Korporat, SEDC Energy
dalam satu kenyataan media baru-baru ini memberitahu, HOA itu adalah ntuk pengeluaran hidrogen di Sarawak untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat bagi elektroliser PEM di seluruh dunia dan juga untuk meneroka penggunaan teknologi hidrogen hijau yang lain di Negeri Sarawak dan juga wilayah lain.
Dengan menceburi dalam pemasangan dan pembuatan elektrolisis, Sarawak sekali lagi akan mengambil peranan aktif dalam rantaian nilai hidrogen dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi untuk rakyatnya sambil memastikan kita berada di landasan yang betul untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.
Sarawak dianugerahkan pelbagai keunikan dalam banyak aspek terutamanya dalam sumber asli, termasuk air dan dengan kuasa hidroelektrik mampu milik, telah membolehkan kami meneroka pengeluaran hidrogen hijau serta pengembangan kepada teknologi berkaitan hidrogen lain di seluruh rantaian nilai yang menyokong Agenda Tenaga Hijau.
Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz pula berkata, membangunkan usaha sama sinergi seperti itu akan memainkan peranan dalam membolehkan peluang kepada pembangunan bakat melibatkan diri dalam pemindahan pengetahuan teknikal & teknologi kepada tenaga kerja tempatan. -EDISI UKAS