SELASA, 8 NOVEMBER 2022
LAMBIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Dr Ripin Lamat bersama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sibuti Lukanisman Awang Sauni serta rombongannya berkempen di rumah-rumah panjang di Kawasan berkenaan pada Isnin.
Antara rumah-rumah panjang yang dilawati adalah Rumah Nyuai, Rumah Belang, Rumah Techoi, Rumah William, Rumah George Sirai dan Rumah Jika.
Dalam ucapannya, Dr Ripin menyeru penghuni-penghuni rumah panjang memberi sokongan kepada calon GPS Sibuti bagi mengekalkan kerajaan Sarawak yang stabil dan prihatin terhadap rakyat. – EDISI UKAS