Datuk Rosey, Lukanisman Santuni Rumah Panjang Sekitar Batu Niah

SELASA, 8 NOVEMBER 2022

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus menyantuni beberapa rumah panjang sekitar Batu Niah dan turut beramah mesra bersama penduduk di Sepupok Niah.

Beliau telah bergerak ke kawasan yang dikenal pasti bersama jentera di kawasan Niah iaitu di Rumah Julia, Rumah Agan Nuuh dan Sepupok, Niah.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni juga turut dilihat bersama-sama menyantuni penduduk di rumah panjang Agan Nuuh.

Gerak kerja calon kali ini adalah bagi memastikan tiada pengundi yang tertinggal dan berusaha untuk mengerakkan jentera di peringkat akar umbi dengan perancangan jadual yang teratur.

Datuk Rosey juga telah menyempurnakan ‘Eye 1 Recycle Education Ecobrick’ iaitu program jalinan kerjasama Sekolah Kebangsaan Batu Niah dan ‘Eye 1 Recyle’ (Miri) Sdn Bhd. – EDISI UKAS

add comment