Kawalan Di Sempadan Dipertingkatkan Demi Keselamatan Rakyat Sarawak

SELASA, 8 NOVEMBER 2022

LAWAS: Selain pembangunan, faktor keselamatan sempadan juga diberikan perhatian serius. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Kerajaan Sarawak akan memberikan tumpuan sewajarnya terhadap tahap keselamatan di sempadan iaitu di Ba’kelalan dan Tebedu. 

Untuk itu, menaik taraf pintu kawalan sempadan di Ba’kelalan bagi mengelak kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Lawas ini. 

“Tadi disebut border post (kawalan sempadan). Ini keselamatan kita. 

“Menteri Kuala Lumpur datang, saya bersama Datuk Amar Awang Tengah. 

“Di kawasan utara (Ba’kelalan), kita mesti mempunyai kawalan keselatan yang ketat kerana ramai orang masuk ke Lawas ini. Kita setuju mempertahankannya termasuk di Tebedu,” katanya semasa berucap merasmikan Program Sarawakku Sayang di Long Tuma, Lawas di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut memberitahu Kerajaan Sarawak turut menekankan kepentingan pendidikan kepada anak-anak Sarawak apabila berjaya mengambilalih lima buah universiti swasta di negeri ini. 

Ini untuk memastikan anak-anak Sarawak mendapat pendidikan tinggi dan kemahiran yang sempurna.

“Saya sudah ambil lima universiti. Curtin sekarang kita punya. Nama saja Curtin dari Australia, tetapi dipunyai 100 peratus Sarawak. 

“Universiti Swimburn juga 100 peratus dimiliki Sarawak. Begitu juga, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang turut dipunyai Sarawak. 

“Ini termasuk ICATS yang sudah dinaik taraf menjadi universiti dan 100 peratus dimiliki Sarawak. Mankala, CENTEXS untuk pelajar kemahiran juga dipunyai Sarawak,” katanya. 

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Henry Sum Agong, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Mohamad Abdullah Zaidel.-EDISI UKAS

add comment