SELASA, 8 NOVEMBER 2022
SELANGAU: Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan amat penting bagi menentukan kerajaan yang akan memerintah negara.
Menteri Di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Datuk John Sikei Tayai berkata, GPS mempunyai kuasa penentu kerajaan yang akan memerintah kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum KE-15 (PRU-15) kelak.
“Jangan biarkan pisang berbuah dua kali, kekalahan pada PRU-14 yang lepas menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak salah pilih kerajaan,” katanya ketika menghadiri Program Agriculture Community Outreach Program AgriCOP pada Ahad.
Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick, Calon GPS Parlimen Selangau, Edwin Banta, Pegawai Pertanian Bahagian Sibu, Badin Unor, Pemanca Gerosen Jubin dan Penghulu Lasit Bajieng dan Nelson Chuat. -EDISI UKAS