Kemudahan Pembangunan Lawas Akan Terus Dilaksana Demi Kebaikan Rakyat

SELASA, 8 NOVEMBER 2022

LAWAS: Pelbagai kemudahan pembangunan infrastrukur  telah dilaksana oleh kerajaan di kawasan Parlimen Lawas sekaligus memberi manfaat kepada penduduk di situ.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Lawas, Dato’ Henry Sum Agong berkata, kerajaan akan terus melaksanakan penyediaan kemudahan kepada rakyat selepas ini untuk kebaikan mereka.

“Pada masa sekarang ini, kita harus bersyukur kerana kita dapat menikmati banyak kemudahan pembangunan infrastrukur yang sudahpun dilaksanakan secara keseluruhan khususnya di kawasan ini.

“Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sangat prihatin menjaga dan memelihara keperluan rakyat  tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu program yang dianjurkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Cawangan Ba’kelalan di Kampung Long Tuan pada Ahad.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia itu juga turut menyeru para penduduk untuk terus mmeberi sokongan kepada GPS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini agar nasib mereka terus terbela.

Sementara itu, Pemanca Kading Palong yang turut berucap turut mengajak para penduduk untuk memberi sokongan padu kepada calon GPS di kerusi Parlimen Lawas kelak.-EDISI UKAS

add comment