PRU15: Sokongan Kepada GPS Pastikan Suara Rakyat Sarawak Terus Didengari Di Parlimen

RABU, 9 NOVEMBER 2022

LAMBIR: Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir diminta untuk terus menyokong calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat, sokongan ini akan teruskan pastikan suara rakyat Sarawak terus didengari di Parlimen. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk rumah panjang di kawasan DUN Lambir yang menyokong GPS pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak dan mahu sokongan ini diteruskan dalam PRU-15 ini. 

Sementara itu, calon GPS Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni menyeru penduduk keluar beramai-ramai pada 19 November nanti bagi melaksanakan tanggungjawab mengundi dan memilih wakil rakyat. 

Beliau menyeru penduduk terus memberikan sokongan kepada GPS di Parlimen Sibuti yang selama ini telah membela nasib rakyat dan menjadikan Sarawak negeri paling baik dan stabil di Malaysia. 

Dr Ripin dan Lukanisman serta rombongan telah mengadakan kunjungan ke beberapa rumah panjang seperti di Rumah Unggeh, Rumah Embuang, Rumah Sain, Bukit Song, Rumah Mokeng, Rumah Gindi, Rumah Duat dan Rumah Ampik pada Selasa. -EDISI UKAS

add comment