KHAMIS, 10 NOVEMBER 2022
SEBUYAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi meluangkan masa merasmikan dua program yang diadakan di DUN Sebuyau pada Rabu.
Program pertama adalah Kejohanan Sukan Tahunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Rajau Ensika.
Beliau berkata, sukan tahunan itu merupakan untuk mengesan serta mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan olahraga.
Selepas itu, beliau yang juga Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah merasmikan Pertandingan E- sukan `Mobile Legend sempena program Rindok Digital @ Sebuyau.
Sebanyak 16 kumpulan dari golongan belia telah mengikuti pertandingan tersebut.
Kejohanan julung kalinya telah dimenangi Kumpulan Jidan dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 manakala naib johan dimenangi Kumpulan GG Team dengan membawa wang tunai berjumlah RM800 dan tempat ketiga dimenangi Kumpulan Seberang Gaming dengan membawa wang tunai sebanyak RM600.
Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Datuk Julaihi Narawi.-EDISI UKAS