Datuk Sebastian Ting Sempurnakan Penyerahan Watikah Pelantikan Baharu & Lanjutan KMKK Daerah Miri

KHAMIS, 10 NOVEMBER 2022

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting telah menyempurnakan pelantikan baharu dan lanjutan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di Pejabat Residen Bahagian Miri di sini pada Khamis. 

Wilfred Mac @Melina Anis telah dilantik sebagai Penghulu bagi kawasan bandar dan sekeliling, Kawasan Lutong dan Kawasan Kampung Pasir Lutong, Kawasan Sealine Atas dan Sealine Bawah).

Turut menerima pelanjutan pelantikan KMKK ialah Ketua Kaum Darahaman Sahat bagi kawasan Pulau Melayu, Miri. 

Dengan pelantikan baharu penghulu, daerah Miri kini mempunyai empat orang Penghulu Iban antaranya Penghulu Randi. Elon (Lambir), Penghulu Ngadan Melintang (Senadin), Penghulu Abau Nawing (Pujut) dan Penghulu Wilfred Mac @ Melina Anis (Piasau). 

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan I (Kesihatan Awam, Perumahan) merangkap ADUN Marudi Datuk Dr. Penguang Manggil, Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Binti Yusuf.-EDISI UKAS

add comment