HDC Lulus Pinjaman Naik Taraf Rumah Panjang Anyie Matop

KHAMIS, 10 NOVEMBER 2022

BUKIT SABAN: Penduduk Rumah Panjang Anyie Matop, Spaoh kini boleh menarik nafas lega selepas Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) meluluskan pinjaman berjumlah RM1.4 juta untuk menaik taraf rumah panjang berkenaan.

Pinjaman berkenaan adalah dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang difasilitasikan oleh HDC untuk Rumah Panjang Anyie Matop, Spaoh.

Majlis penyerahan pinjaman tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai HDC Wan Salwati Wan Yusof kepada 48 penduduk Rumah Panjang Anyie Matop pada Rabu. – EDISI UKAS

add comment