Jika GPS Menang Di 31 Kerusi Parlimen, Suara Rakyat Sarawak Akan Kuat Di Dewan Rakyat – Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia

KHAMIS, 10 NOVEMBER 2022

SIBUTI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerlukan sokongan penuh daripada rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) supaya suara didengari di Dewan Rakyat. 

Jelas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, sebab itu GPS memerlukan kemenangan penuh di 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

“Kita perlu suara ramai dari Sarawak. Kalau boleh, kita hantar 31 Ahli Parlimen dari Sarawak. Kenapa? 

“Dengan 31 Ahli Parlimen dari Sarawak di Kuala Lumpur kita menentukan bentuk Kerajaan Pusat siapa yang patut menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Ahli Parlimen mana dari Sarawak dilantik menjadi Menteri Malaysia dan Timbalan Menteri Malaysia,” katanya semasa berucap dalam Program Santai Bersama Pemimpin di Kampung Kuala Sibuti di sini pada Rabu.

Ujar Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia lagi, jika GPS kalah dan berpecah, ia bukan sahaja akan melemahkan suara Sarawak, tetapi juga permohonan pembangunan dari Sarawak tidak akan didengari. 

“Kalau kita lemah dan berpecah belah, kita tidak mempunyai suara dan boleh diketepikan sahaja Ahli Parlimen dari Sarawak. 

“Apa yang dipohon orang tidak akan mendengar. Jalan raya Persekutuan atau negeri tidak dipedulikan sebab Ahli Parlimen dari Sarawak berpecah belah dan mereka lemah,” ujarnya. 

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia