Pelajar Seimbang Pencapaian Akademik & Pembangunan Sukan

KHAMIS, 10 NOVEMBER 2022

SERIAN: Golongan pelajar perlu seimbangkan pencapaian akademik dengan pembangunan sukan bagi mengembangkan diri secara lebih menyeluruh.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Martin Ben berkata, pencapaian akademik penting dalam aspek mengukur kebolehan murid yang dicapai sepanjang tempoh persekolahan manakala pencapaian kesukanan pula membolehkan mereka pergi ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

“Oleh itu, melalui aktiviti seperti kejohanan sukan, bakat dan kebolehan murid yang berpotensi dapat dikenal pasti,” katanya ketika menyempurnakan penangguhan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ketiga Sekolah Kebangsaan (SK) Triang dan Perasmian Astaka di SK Triang, Serian pada Khamis.

Kejohanan sukan itu melibatkan 80 murid SK Triang serta 30 murid jemputan khas dari SK Sumpas, SK Krait, SK Sungai Rimu, SK St John Mantung dan SK St Norbert dengan para peserta bersaing dalam acara padang dan belapan bermula 9 November lepas.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Guru Besar Bahagian Serian, Nebin Nasa, Guru Besar SK Triang, Janie Limin, Yang Di-Pertua PIBG SK Triang, Martin Munan dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Aloysius Jeries. -Edisi UKAS

add comment