‘Voter’s Service Station’ Bantu Pengundi Baharu Semak Lokasi Mengundi

KHAMIS, 10 NOVEMBER 2022

BINTULU: Pembukaan ‘Voter’s Service Station’ akan membantu pengundi baharu di Bintulu untuk menyemak lokasi mereka sebelum pergi mengundi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, disebabkan penambahan pengundi baharu, maka beberapa pusat mengundi turut berubah dan bertambah.

Sehubungan itu katanya beliau mengambil inisiatif untuk melancarkan ‘Voter’s Service Station’ bagi membantu pengundi menyemak lokasi mengundi.

“Saya berharap para pengundi membuat semakan terlebih dahulu sebelum turun mengundi bagi mengelakkan mereka membuang masa ke lokasi yang salah,” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, situasi tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka sendiri.

“‘Voter’s Service Station’ ini bertempat di Pusat Khidmat N68 Tg. Batu, Lot 65, 1st Floor, Bintulu Medan Sentral, Jalan Tg. Kidurong, 97000 Bintulu, Sarawak.

“Ia akan beroperasi bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5 petang termasuk pada hari Sabtu dan Ahad,” katanya.

Dalam pada itu, Johnny Pang berkata, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 086-313418 pada bila-bila masa.

Beliau memaklumkan, bagi mereka yang mahu menyemak lokasi pengundian mereka boleh pergi terus ke pejabat atau hubungi kakitangan ‘Voter’s Service Station’.-Edisi UKAS

add comment