Kaunselor Jeffrey Phang Beramah Mesra Dengan Masyarakat Orang Ulu Daerah Miri

JUMAAT, 11 NOVEMBER 2022

MIRI: Seramai 150 orang masyarakat daripada Orang Ulu di sini menyatakan sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kaunselor Jeffrey Phang Siaw Foong.

Sokongan ini diberikan semasa menghadiri Minum Petang Bersama Calon GPS di Restoran Food Heavan Miri pada Khamis. 

Dalam majlis itu juga telah diadakan dialog dua hala yang menyuarakan pendapat dan keperluan masyarakat Orang Ulu di kawasan Miri. 

Hadir sama Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin, Datuk Bandar Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang dan Pengerusi Komuniti Orang Ulu Miri Maga Ratab.-EDISI UKAS

add comment