Lawas Akan Terus Membangun Jika Rakyat Memilih GPS

JUMAAT, 11 NOVEMBER 2022

LAWAS: Daerah Lawas akan terus membangun jika rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang ini. 

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, ini kerana banyak lagi projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan selepas ini sama ada peruntukan dari Kerajaan Sarawak mahupun Kerajaan Persekutuan. 

“Pelbagai projek pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan daerah Lawas tidak ketinggalan dari segi pembangunan seperti di bahagian lain di negeri ini. 

“Misalnya, jika kilang penapisan minyak menjadi kenyataan dibina di Lawas, adalah tidak mustahil daerah Lawas ini akan menjadi ‘Dubai Malaysia’,” katanya semasa berucap dalam Program Jelajah Ranting  di Kampung Dato, Kuala Lawas.

Turut disinggahi Kampung Hj Bayan, Kampung Pemukat dan Kampung Noor Islam, Kuala Lawas. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga calon GPS Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dalam ucapannya mahu rakyat di daerah Lawas ini terus bersama GPS.

Katanya, jika rakyat Lawas terus bersama GPS, akan banyak lagi projek pembangunan yang akan dibawa di daerah ini seperti sebelum ini. 

Sebelum PRU-15, Dato Henry Sum Agong telah berjaya banyak projek pembangunan antaranya Pembinaan Lapangan Terbang Lawas, jambatan, Maktab rendah Sains Mara (MRSM), jalan-jalan raya, jalan simen, baik pulih rumah, sekolah baru dan sebagainya. 

Justeru, beliau mengajak orang ramai turun mengundi pada 19 November nanti bagi menunaikan tanggungjawab dalam negara yang mengamalkan demokrasi.-EDISI UKAS

add comment