JUMAAT, 11 NOVEMBER 2022
MIRI: Pasar Gong Xi Fa Cai bakal kembali menemui warga Miri pada tahun hadapan di Perkarangan Bangunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI).
Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN Senadin Dato’ Sri Lee Kim Shin, sebanyak 300 buah gerai akan dibuka di bazar berkenaan bermula 14 Januari hingga 21 Januari 2023.
Beliau memberitahu, kebanyakan gerai telah dibuka pada masa ini dan pihak penganjur sedang berusaha melakuakn dekorasi untuk program berkenaan.
“Kini mereka sedang berusaha untuk menaikkan suasana perayaan di pasar berkenaan dalam melakukan dan menambah baikhiasan, menambah baik hiasan serta seluruh perhiasan sepanjang jalan High Street di Pusat Bandaraya Miri yang akan dihias.
“Ini adalah supaya mereka yang datang ke Miri akan dapat menikmati suasana perayaan Tahun Baru Cina ini,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat MCCCI di sini pada Khamis.
Dato’ Sri Lee berkata, beliau mahu menjadikan bazar tahun baru Cina yang akan datang itu nanti sebagai satu bazar yang sangat berjaya dan mampu menarik orang ramai dari luar Sarawak untuk datang ke Bandar Miri.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Bandar Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang, Pengerusi MCCCI Ling Chiong Sing, dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Miri Jeffrey Phang Siaw Foong.-Edisi UKAS