ADUN Lambir Peruntukan RM150,000 Projek RTP Bagi Menukar Atap Rumah Insin

SABTU, 12 NOVEMBER 2022

LAMBIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat telah memperuntukan RM150,000 Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk bumbung Rumah Panjang Insin pada Rabu.

Turut dimaklumkan kelulusan penyambungan wayar elektrik di samping mengumumkan sumbangan kerusi dan meja bagi kegunaan Krismas kelak.

Dalam majlis itu juga, juga disumbangkan tiang takraw, tiang futsal dan jaring badminton kepada penduduk di Rumah Insin bagi tujuan aktiviti riadah.

Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk rumah panjang memilih calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Lukanisman Awang Sauni, pada hari mengundi 19 November akan datang bagi menjamin pembangunan yang berterusan di kawasan Parlimen Sibuti. – EDISI UKAS

add comment