Ahli DAM Perlu Terus Bersatu Padu, Kekal Hubungan Baik

SABTU, 12 NOVEMBER 2022

MIRI: Ahli Persatuan Dayak Miri (DAM) perlu terus bersatu dan mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil berkata, melalui kerjasama itu DAM dapat terus relevan dan memainkan peranan dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

“Saya menyeru semua untuk kekal bersatu padu walaupun berlainan fahaman politik demi masa depan anak bangsa kita. Kita juga perlu menolak politik kebencian dan sentiasa fokus di dalam memajukan diri kita.

“Saya berharap DAM kekal menjadi platform yang relevan bagi semua bangsa Dayak pelbagai lapisan umur dan latar belakang bagi menyuarakan pendapat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-60 Persatuan Dayak Miri di Restoran Eastwood Miri pada Jumaat.

Penubuhan DAM adalah bagi mempromosi dan memupuk kesedaran sosiobudaya, ekonomi, pendidikan, sukan khususnya dalam kalangan ahli dan komuniti Dayak secara umumnya.

Kira-kira 600 ahli DAM hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Hadir sama Menteri pengangkutan Sarawak merangkap ADUN Senadin Dato Sri Lee Kim Shin, Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Miri merangkap Ahli Majlis Bandaraya Miri Jeffery Phang Siaw Foong, Ahli Dewan Negara merangkap Penasihat Kanan Persatuan Dayak Miri Senator Dato Dr. Nuing Jeluing dan Presiden Persatuan Dayak Miri Penghulu Wilfred Mac.-Edisi UKAS

add comment