Kukuhkan Perpaduan, Bersatu Padu Capai Kemenangan

SABTU, 12 NOVEMBER 2022

LAWAS: Rakyat digesa kukuhkan perpaduan dan sentiasa bersatu padu bagi mencapai kemenangan, menurut Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa Program Jelajah Ranting Kampung Batu Dua, Lawas di sini pada Rabu.

Katanya lagi, semasa negara di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), banyak bantuan dan peruntukan yang telah dipotong dan janji mereka hanyalah janji kosong.

Beliau juga mahu rakyat di negeri ini terutama di Lawas terus mengekalkan kestabilan ekonomi pelaburan di Sarawak dengan memastikan keamanan serta keharmonian Bumi Kenyalang dipelihara.

Malah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi intipati manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini akan dilaksanakan demi kemakmuran rakyat Sarawak.

Pada majlis itu, Datuk Amar Awang Tengah menyeru masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah di media sosial sebaliknya berfikiran rasional bagi memastikan maklumat yang diterima itu mempunyai sumber dan berfakta.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga calon GPS di Parlimen Lawas Dato’ Henry Sum Agong, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin dan Ketua Ranting Kampung Batu Dua Mohideen Talip. – EDISI UKAS

add comment