SABTU, 12 NOVEMBER 2022
MIRI: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Cawangan Miri telah melancarkan Majlis Komuniti Sejahtera di seluruh negara.
Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Seri Lee Kim Shin berkata, majlis ini bertujuan mewujudkan kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak di Tabika dan rumah.
“Majlis Komuniti Sejahtera diwujudkan bagi kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak di Tabika dan rumah dalam memberikan pengetahuan kepada ibu bapa penjaga berkenaan bidang pendidikan anak-anak,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Komuniti Sejahtera di Pustaka Miri disini pada Khamis.
Turut hadir termasuk calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Miri Jeffery Phang Siaw Foong, Pegawai KEMAS Bahagian Miri Josipah Sabas dan Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Tudan Felicia Cosmas. – EDISI UKAS