20 Pertubuhan Agama Bahagian Miri Terima Cek Bantuan Dana UNIFOR

AHAD, 13 NOVEMBER 2022

MIRI: Sebanyak 20 pertubuhan agama di Bahagian Miri menerima Cek Bantuan Dana dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Mereka menerima geran sebanyak RM12,800 bagi setiap pertubuhan agama dengan jumlah keseluruhan RM256,000.

Pemberian itu telah disempurnakan Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian bertempat di Dewan Bandaraya Miri di sini pada Jumaat.

Dana ini bertujuan membantu setiap pertubuhan agama dalam merancang perbelanjaan bulanan dan aktiviti tahunan.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) Dato Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Bandar Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang. -EDISI UKAS

add comment