MBM Sambut Bulan Integriti Bertemakan ‘Integrity Begins With Me’ 2022

AHAD, 13 NOVEMBER 2022

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah menyambut Bulan Integriti selari dengan Hari Integriti Nasional.

Ia telah dirasmikan Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian di Dewan Bandaraya Miri di sini pada Jumaat.

MBM telah mengkaryakan tema “Integrity Begins with Me” bagi mendukung bersama hasrat Integriti Nasional iaitu teras Keluarga Malaysia.

Ini kerana konsep integriti bermula dari jati diri ini berperanan untuk membina tingkah laku dan sahsiah jati diri yang sempurna.

Objektif MBM ingin meyebarluaskan budaya integriti di dalam komuniti di Miri bagi memantapkan lagi penyediaan perkhidmatan kepada warga penduduk, memantapkan kecekapan, ketelusan dan memperkasakan integriti di dalam tadbir urus.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Datuk Bandar Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan & Kerajaan Tempatan Sarawak Datu Antonio Kahti Galis, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf. -EDISI UKAS

add comment