Datuk Amar Awang Tengah Santuni Penduduk Kampung Bukit Kisi

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

SIBUTI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengadakan tinjauan di Kampung Bukit Kisi di sini pada Sabtu. 

Dalam ucapannya, beliau memberitahu GPS akan terus berjuang bagi membela nasib rakyat Sarawak dan akan komited untuk menyelesaikan permasalahan liputan internet yang lemah di kawasan ini.

Sementara itu, Dr, Ripin pula menyeru orang ramai untuk memberikan sokongan kepada calon GPS Lukanisman Awang Sauni pada 19 November nanti agar dapat membela nasib rakyat seperti sebelum ini. 

Manakala, Lukanisman dalam ucapannya menyeru orang ramai terus memberikan sokongan terhadap GPS bagi menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan sekitar ini.-EDISI UKAS 

add comment