JMKM Inisiatif Kerajaan Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

MIRI: Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak dengan kerjasama Everwin Tudan Miri diteruskan di kawasan Parlimen Miri. 

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Seri Lee Kim Shin telah menghadiri program tersebut pada Sabtu.

Menurut Dato Seri Lee Kim Shin, JMKM ini bertujuan bagi memastikan harga barangan keperluan di seluruh bandaraya Miri ini dapat kekal stabil dan membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Maklum balas pengguna yang diterima rata-rata menyambut baik dan meminta Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) ini dilaksanakan secara berkala dan mengakui bahawa harga barang-barang yang dijual dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam situasi harga barang yang dilaporkan telah meningkat,” katanya.

PJKM juga menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan yang lebih murah antaranya ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras; dan barangan keperluan rumah terpilih.

Turut hadir, Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri Joe Azmi Jamil dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Miri Jeffrey Phang Siaw Foong.-EDISI UKAS

add comment