Kampung Long Pilah Miliki Dewan Serbaguna & Gelanggang Futsal

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

LONG PILAH: Penduduk di Kampung Long Pilah harus berasa bangga dan bersyukur kerana mempunyai dua kemudahan awam yang sangat diperlukan di setiap kampung. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, dua kemudahan itu ialah dewan serbaguna dan gelanggang futsal yang merupakan pemberian Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

“Siapnya dewan serbaguna dan gelanggang futsal adalah bukti bahawa Kerajaan GPS telah menunaikan janji. 

“Apa yang diminta rakyat, sudah pastinya wakil rakyat GPS akan senantiasa berusaha sebaik mungkin untuk merealisaikan permohonan itu,” katanya. 

Beliau berucap semasa merasmikan Gelanggang Futsal dan Dewan Serbaguna Long Pilah di sini pada Ahad. 

Sementara itu, bagi calon GPS Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau mahu sokongan penduduk di DUN Telang Usan kepadanya diteruskan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Katanya, beliau tidak berjanji akan mengubah sesuatu dalam sekelip mata tetapi sebagai jika menang pada PRU-15 nanti, beliau akan berusaha membantu GPS dan kerajaan Persekutuan memenuhi kehendak rakyat di pedalaman Baram.

Turut hadir Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Ketua Masyarakat Kaum Kayan Kawasan Apoh Pemanca Gilbert Ding dan Kaunselor Jau Eng Aran. -EDISI UKAS

add comment