Kerajaan GPS Komited Selesaikan Masalah Dihadapi Sekolah Bantuan Cina

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

SPAOH: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak komited untuk selesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh setiap sekolah bantuan Cina di negeri ini.  

Lembaga pengurusan sekolah bantuan Cina dialu-alulan untuk mengajukan mana-mana pemasalahan yang dihadapi kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, lembaga pengurusan sekolah bantuan Cina dialu-alukan untuk mengajukan sebarang isu yang dalami.  

Menurutnya, Kerajaan Sarawak akan sentiasa bersedia untuk mendengar dan mengambil tindakan dalam mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. 

“GPS di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mempunyai dasar yang sangat inklusif di mana beliau sentiasa bersedia membantu semua kaum,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tahunan Lapan Buah Sekolah Bantuan Cina di Bahagian Betong pada Sabtu. 

Jelas Datuk Amar Douglas Uggah lagi, Kerajaan Sarawak akan sentiasa menghargai kepentingan sekolah bantuan Cina.

“Kebanyakan pelajar sekolah seumpamanya turut terdiri daripada pelajar Bumiputera.

“Oleh itu, perkembangan sekolah-sekolah itu turut dilihat sebagai tanggungjawab kerajaan,” ujarnya lagi. 

Timbalan Premier Sarawak menambah, pada tahun 2021, Kerajaan Sarawak telah menyumbang geran sebanyak RM10 juta kepada sekolah-sekolah tersebut di seluruh negeri ini.

“Pada tahun ini pula, saya difahamkan geran yang diberikan adalah sebanyak RM12 juta,” katanya.

Turut hadir, Mantan Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Calon GPS Parlimen Betong Dr. Richard Rapu dan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Debak merangkap Pengerusi Penganjur Chai Siao Wen. -Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia