Kerajaan Sarawak Teruskan Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

MIRI: Kerajaan Sarawak akan meneruskan perkhidmatan Bas Sekolah Percuma kepada anak-anak dari keluarga B40. 

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, perkhidmatan ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa dan kemudahan kepada anak-anak untuk datang ke sekolah. 

Dalam masa sama, Yayasan Sarawak akan mengkaji semula cara pembayaran kepada pengusaha bas agar lebih cekap dan berkesan. 

“Bantuan Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma untuk anak-anak sekolah dari Keluarga B40 akan dilanjutkan Yayasan Sarawak.

“Cara pemprosesan pembayaran kepada pengusaha bas sekolah akan dikaji semula supaya pembayaran dapat dijalankan dengan lebih cekap,” katanya semasa berucap dalam Majlis Jamuan Makan Malam Persatuan Bas Sekolah Perbandaran Miri di sini pada Sabtu. 

Pekhidmatan Bas Sekolah Percuma merupakan salah satu daripada 120 Inisiatif Premier Abang Jo dalam membantu golongan B40. 

Turut sama hadir Setiausaha Persatuan Bas Sekolah Perbandaran Miri Disa Lawai dan calon GPS Parlimen Miri Kaunselor Jeffrey Phang Siaw Foong. -EDISI UKAS

add comment