Pekit Keling Kumang Raban Ngepan Iban Peringkat Negeri Sarawak 2022 – Pekit Pengelandik Main Asal Hidupkan Semula Warisan Kaum Iban

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

MIRI: Penganjuran Pekit Keling Kumang Raban Ngepan Iban Peringkat Negeri Sarawak 2022 – Pekit Pengelandik Main Asal adalah salah satu usaha menghidupkan semula warisan sejarah kaum Iban di negeri ini. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, kaum Iban yang merupakan etinik majoriti di Sarawak mempunyai warisan sejarah yang unik seperti pakaian tradisi, adat dan kepercayaan, serta tarian juga bahasa Iban. 

“Kepada semua peserta, ambil peluang ini untuk mempelajari asal usul kita, kebudayaan, kesenian dan tradisi warisan orang lama, asah bakat sebaik mungkin

“Kita tidak tahu rezeki yang datang mengetuk pintu kita hasil dari usaha kita hari ini,” katanya. 

Beliau berucap merasmikan Pekit Keling Kumang Raban Ngepan Iban Peringkat Negeri Sarawak 2022 – Pekit Pengelandik Main Asal di Bintang Megamall Miri di sini pada Sabtu. 

Ini merupakan kali ke-7 Pekit Keling Kumang Raban Ngepan Iban Peringkat Negeri Sarawak 2022 – Pekit Pengelandik Main Asal ini diadakan. 

Datuk Sebastian Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berharap ada pihak berkepentingan yang memberi tawaran selayaknya untuk bekerjasama bukan setakat di platform ini sahaja tetapi juga di peringkat yang lebih tinggi. 

Belaiu turut mengajak peserta terus menjadi duta dan ‘muzium bergerak’ dalam memperagakan pakaian tradisi nanti bagi rujukan untuk generasi kini dan akan datang. 

Hadir sama Pengerusi Persatuan Raban Ngepan Iban (RNI) Steven Abas Patrick Agus dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kaunselor Jeffrey Phang Siaw Foong. -EDISI UKAS

add comment