ISNIN, 14 NOVEMBER 2022
KUALA BARAM: Penduduk di Kampung Muhibbah di sini digesa menjaga kesihatan dan terus mengamalkan aktiviti sihat.
Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Miri Ikhwan Hanafi bekrata, kesihatan yang baik sama ada secara fizikal atau mental perlu dititikberatkan supaya supaya apa yang dilakukan setiap hari dapat dilaksanakan dengan mudah.
“Program Sukan Komuniti Kampung Muhibbah Kuala Baram ini adalah meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan juga mental khususnya generasi muda dan juga menjalin hubungan silaturrahim yang mersa erat antara peserta-peserta,’ katanya ketika berucp mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Seri Lee Kim Shin merasmikan Sukan Komuniti di Padang Bola Sepak, Kampung Muhibbah Kuala Baram pada Ahad.
Hadir sama Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibbah Kuala Baram Mohd Azif Amin dan Pengerusi Masjid Nurul Ibadah Kampung Muhibbah Kuala Baram Suhaimi Abdullah.-EDISI UKAS