Rabiam Deng Dilantik Ketua Kaum Baharu Bagi Kampung Long Bemang Apoh

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

TELANG USAN: Penduduk kampung Long Bemang Apoh menzahirkan rasa syukur di atas pelantikan Rabiam Deng sebagai ketua kaum baharu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau turut hadir dalam Majlis Kesyukuran Ketua Kaum yang baharu di Long Bemang di sini pada Sabtu. 

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Kaum Rabiam Deng di atas pelantikan sebagai ketua kaum yang baharu.

Dalam pada itu, Dennis turut menggesa penduduk Kampung Long Bemang turun mengundi pada 19 November ini dan memberikan sokongan padu kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Anyi Ngau. 

Ujarnya, kemenangan GPS akan menjamin lebih banyak kemajuan dapat dirancang bukan sahaja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan tetapi juga seluruh daerah Baram.

Turut sama hadir Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Setiausaha Politik Premier Sarawak Charles Balan dan Ketua Kaum Kayan Bahagian Miri Temenggong Elizabeth Deng.-EDISI UKAS

add comment