Anchor Ft & Lion Spirit Johan Bola Sepak Lelaki & Wanita Terbuka Anjuran PBB Batu Danau

SELASA, 15 NOVEMBER 2022

LIMBANG: Pasukan Anchor Ft dan Lion Spirit masing-masing menjuarai Pertandingan Bola Sepak Lelaki dan Wanita Terbuka anjuran PBB Batu Danau yang diadakan di Padang Persatuan Bisaya, Kampung Batu Danau di sini pada Ahad. 

Johan bagi setiap kategori menerima hadiah berupa wang tunai RM500. 

Sementara itu, Lap Plata muncul naib johan menerima hadiah wang tunai RM300 dan tempat ketiga dimenangi Kemidan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 manakala, Pandak muncul tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai RM100. 

Sementara itu, pasukan GGe Slay muncul naib johan manakala, Batu Danau menduduki tempat ketiga.

Sebanyak 16 pasukan lelaki dan tiga pasukan wanita menyertai kejohanan ini dan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang. 

Hadir sama Ketua Kampung Batu Danau Julian Injan dan Ketua Pergerakan Wanita PBB DUN Batu Danau Roszuina Labet.-EDISI UKAS

add comment