Persimpangan Vista Perdana Mula Dibuka Kepada Orang Ramai

SELASA, 15 NOVEMBER 2022

MIRI: Persimpangan Vista Perdana yang baru di Jalan Pintas Link Miri berdekatan dengan Southlake telah dibuka kepada orang ramai. 

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, pembukaan Persimpangan Vista Perdana itu akan memberi kemudahan kepada pengguna dan penduduk setempat dalam urusan seharian.

“Pembukaan Persimpangan Vista Perdana itu pastinya akan memberi kemudahan kepada pengguna dan penduduk setempat dalam membuat pusingan U dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tanpa perlu memandu jauh ke Persimpangan Pujut Link,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persimpangan Vista Perdana di sini pada Isnin. 

Tambah Dato Sri Lee lagi, untuk akses masuk ke Vista Perdana, pemaju Naim akan membina satu akses sementara lagi untuk menyambung ke Lebuhraya Pan Borneo pada minggu ini.  

Mengikut pelan pembangunan, laluan berkembar kekal pula akan dibina apabila projek perumahan baharu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dimulakan.

Hadir sama Penolong Pengurus Zon Utara JKR Sarawak Unit Lebuhraya Pan Borneo Michael Ting.-EDISI UKAS

add comment