PRU15: GPS Prihatin Kepada Keperluan Masyarakat Pedalaman & Luar Bandar

SELASA, 15 NOVEMBER 2022

MARUDI: Kerajaan Sarawak sangat prihatin kepada keperluan rakyat termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar. 

Timbalan Menteri, Buruh Imigresen dan Pemantauan Projek Datuk Gerawat Gala berkata sudah pastinya setiap masalah daripada penduduk akan didengar terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. 

“Kawasan Rumah Billy Sungai Engkaras merupakan sebuah rumah panjang baharu yang kini masih dalam proses pembinaan. 

“Justeru, sebanyak RM40,000 daripada geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diperuntukan kerja-kerja menimbus dan meratakan tapak rumah panjang ini. Manakala, RM3,500 untuk Serakup Indu Dayak Sarawak Unit Rumah Billy,” katanya. 

Beliau berucap sempena lawatannya ke Rumah Billy Sungai Engkaras di sini pada Isnin. 

Sementara itu, Tuai Rumah Billy menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Dato Gerawat dalam memberikan sumbangan peruntukan bagi pembinaan rumah panjang mereka. 

Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi PDP Sarawak Hillary Mawan, Ketua Pemuda PBB Cawangan Mulu Osart Bilong, Ketua Pemuda PDP Mulu Steven Abun, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Tuai-tuai Rumah Ketua-ketua Ranting PBB Puyut dan Lubuk Nibong. -EDISI UKAS

add comment