PRU15: Kemenangan GPS Bawa Suara Rakyat Baram Di Parlimen

SELASA, 15 NOVEMBER 2022

MARUDI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu menang besar di Parlimen Baram ini. 

Timbalan Menteri, Buruh Imigresen dan Pemantauan Projek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, kemenangan ini pastinya dapat membawa suara rakyat Baram di Parlimen nanti. 

“GPS perlu menang besar di Parlimen Baram supaya Kerajaan Persekutuan dapat mendengar suara wakil dari Baram dalam menyuarakan permasalahan mereka,” katanya. 

Beliau berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Umbar Sungai Melikat di sini pada Isnin. 

Tambah beliau lagi, pengundi khususnya di kawasan Parlimen Baram ini digesa turun menunaikan kewajipan mereka pada 19 November nanti dengan memberikan sokongan kepada GPS. 

Hadir sama Ketua Pemuda PBB Cawangan DUN Mulu Osart Bilong, Ketua Pemuda PDP Mulu Steven Abun, Pemanca Randie Bundan, Ahli Majlis Daerah Marudi Kaunselor Yanti Nyanggau, Ketua MAsyarakat dan Ketua Kaum, Tuai-tuai Rumah dan Ketua-ketua Ranting PBB Puyut dan Lubuk Nibong.-EDISI UKAS

add comment