PRU15: Semua Ahli Komponen GPS Perlu Bersatu Hati & Bekerjasama – Datuk Amar Douglas Uggah

SELASA, 15 NOVEMBER 2022

SELANGAU: Semua ahli komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bersatu hati dan bekerjasama memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. 

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kemenangan GPS di Parlimen Selangau nanti adalah untuk masa depan penduduk di sini. 

“Semua kompenan parti yang ada di Parlimen Selangau ini sama ada PBB, PRS, PDP dan SUPP diminta bersatu hati dan bekerjasama untuk menebus kembali kekalahan kita pada PRU14 lepas. 

“Kita yakin bahawa kita akan memenangi kerusi Parlimen Selangau ini. 

“Pemimpin memilih Edwin Banta sebagai calon di Selangau ini kerana beliau diyakini dapat memenangi pilihan raya ini nanti,” katanya. 

Beliau berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Sigan, Ulu Arip, Selangau pada Ahad. 

Jelas Datuk Amar Douglas Uggah lagi, adalah menjadi polisi GPS untuk menjaga semua rakyat di Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan budaya. 

Ini termasuklah Pinjaman Rumah Panjang melalui Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) bagi membolehkan rakyat membina rumah yang selesa termasuk mereka yang ada di Parlimen Selangau ini. 

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Dato Dr Nuing Jeluing, calon GPS Parlimen Selangau Edwin Banta dan Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin.-EDISI UKAS

add comment